Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Video Sensasi Cinta Alang Untuk Fatien Afiqah


VIDEO ‘cinta’ wajib tonton yang terbaru dan semakin sensasi di laman sosial Facebook dan Youtube ini sememangnya mampu meremangkan bulu roma anda.

Ingatkan selepas kes Puteri Awani dulu sudah tiada lagi yang ingin merakam luahan cinta dan pujuk rayu untuk sang kekasih.

Ternyata tanggapan itu meleset kerana ada remaja lelaki yang bajet comel melakukan perkara yang sama dan kali ini dalam versi ‘Gwiyomi’.

Video oleh remaja bernama Alang ini ditujukan khas buat kekasihnya, Fatien Afiqah.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia dimuat naik sendiri oleh Alang atau orang lain, namun ia memang ‘menarik’ untuk ditonton.

Nampaknya memang cinta Alang ini hingga ke hujung nyawa!




Oleh: ELZA
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Lif untuk naik kebulan akan dicipta

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.


Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Muka rosak kerana suntik untuk awet muda





Isabel Gonzales datang ke Vivianas Body Secrets Spa di Doral, Florida pada Julai 2012 lalu untuk melakukan prosedur peremajaan kulit dengan cara menerima suntikan vitamin di wajahnya seharga 900 Dollar AS  .



Ketika itu Gonzales menerima suntikan di titik antara alis, di sudut hujung bibirnya serta di kedua sisi dari dagu bahagian bawahnya. Tapi kerana tak ada perubahan, sekitar 2 minggu kemudian ia datang lagi dan diberikan suntikan selanjutnya.



Namun setelah menerima perawatan, wajahnya bukan terlihat muda melainkan mulai membengkak, merah, gatal dan terkena infeksi yang menyakitkan. Ia pun segera dibawa ke rumah sakit dan harus dirawat selama 2 bulan.



Doktor yang merawatnya pun memiliki kebimbangan tersendiri terhadap kondisi Isabel kerana ditakutkan wajahnya akan mengalami kecacatan kekal akibat dari prosedur ini.



Pemilik spa, Viviana Ayala telah ditangkap dengan tuduhan melakukan praktik kedoktoran haram akibat tidak memiliki lesen , serta dia tidak terlatih atau bersertifikat untuk memberikan suntikan di wajah. Namun dia membantah semua tuduhan terhadap dirinya tersebut.



Dampak buruk yang diterima pasien setelah melakukan tindakan ilegal bukanlah yang pertama kali, sebelumnya ada banyak kes yang ditemui seperti komplikasi serius akibat suntikan botoks ilegal.



Sumber; Mau Awet Muda dan Cantik,
ReadFull Article ..

Selasa, 03 Desember 2013

Obsesi Cewek Gendut Untuk Jadi Langsing


FOTO Obsesi Cewek Gendut Untuk Jadi Langsing
satu kata yang telintas dibenak w ketika melhat foto ini, jangan perna menyerah untuk mencapai cita-cita mu >> menjadi langsing!!



ReadFull Article ..